SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Tengku Abdullah Ingatkan Rakyat Guna "Hak Mengundi" Sebaiknya, Buat Pilihan Bijak


RAUB: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat supaya menggunakan hak untuk mengundi sebaiknya dan membuat pilihan bijak.

Baginda bertitah, terpulang kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih calon yang mereka rasakan sesuai dan mampu untuk menjaga kebajikan serta membela nasib mereka.

“Esok adalah hari untuk rakyat kerana undi adalah hak rakyat dan undi adalah rahsia, oleh itu kita perlu mengundi dengan penuh bertanggungjawab supaya kita berpuas hati dengan apa yang kita pilih.

“Undilah dengan tanpa ada rasa tertekan dan pilih pemimpin yang tepat, jangan benarkan mana-mana pihak yang mahu memecah belahkan perpaduan yang kita bina selama ini,” titahnya.

Baginda bertitah demikian dalam Majlis Ramah Mesra dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ching, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin; calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Tengku Abdullah bertitah, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijangka akan berlangsung dalam suasana sengit, namun rakyat tidak perlu gusar kerana ia bukanlah perkara baru sebaliknya ia perlu dilalui setiap lima tahun.

Baginda juga berharap kerajaan baharu yang akan terbentuk selepas ini akan mengambil kira segala teguran dan pandangan positif pihak tertentu dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang di atas komitmen dan segala usaha yang dicurahkan selama ini.

“Saya mengharapkan agenda untuk pembangunan dan kebajikan rakyat akan diteruskan supaya rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni dan kondusif,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]