PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saifuddin: PH Negeri Akan Tubuh Sebuah Majlis Perundingan Indera Mahkota
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Sebuah Majlis Perundingan Indera Mahkota akan ditubuhkan dalam masa terdekat oleh Pakatan Harapan (PH) negeri untuk mendengar...

KUANTAN: Sebuah Majlis Perundingan Indera Mahkota akan ditubuhkan dalam masa terdekat oleh Pakatan Harapan (PH) negeri untuk mendengar segala permasalahan rakyat di kawasan Parlimen berkenaan.

Anggota Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata penubuhan majlis itu selaras dengan konsep kerajaan yang bersifat terbuka yang diamalkan PH.

"Penubuhan majlis ini diharapkan bersifat dua hala dengan setiap pandangan rakyat akan diambil kira dan dalam masa yang sama setiap keputusan yang diambil kerajaan akan disampaikan terus kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Jamuan Rakyat Parlimen Indera Mahkota di Bilik Gerakan Utama PKR Parlimen Indera Mahkota, Balok di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi PH Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chon Siang dan ADUN Semambu Lee Chean Chung. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top