IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Salahuddin: Isu "Kenaikan" Harga Barang "Di Bincang" Kabinet Rabu Ini


ISKANDAR PUTERI: Isu kenaikan harga barang ketika ini akan dibincangkan di Kabinet, pada Rabu ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Salahuddin Ayub berkata, beliau difahamkan terdapat pihak yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti jualan daging.

"Sebagai mana saya difahamkan, Fama contohnya, memberi keizinan ‘recommendation’ harga jualan daging tempatan RM30 hingga RM33 sekilo.

"Tetapi ada peniaga menjual sampai RM36 dan RM40 pun ada… Ini yang kita kena lihat, takut ada kumpulan yang sabotaj terhadap isu harga barang termasuk ikan," katanya.

Menurutnya, hal ini dipercayai berlaku kerana tiada menteri bertanggungjawab mengenai kepenggunaan ketika ini.

"Perdana Menteri belum lagi melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hari Rabu ini sudah pasti isu kenaikan harga barang akan dibincang di peringkat Kabinet.      
      
Sekiranya telah ada menteri, maka tanggungjawab itu akan dipikul oleh menteri atau sekiranya Tun Dr Mahathir ingin menugaskan salah seorang menteri kabinet dahulu untuk mengambil tanggungjawab, itu kita tunggu arahan daripada Kabinet,” katanya.

Anggota Parlimen Pulai itu bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian di Kota Iskandar di sini, Ahad. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]