IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

14,449,200 Pemilih Berdaftar Akan Laksana "Tanggung Jawab" Untuk Mengundi Esok


PUTRAJAYA: Sebanyak 14,449,200 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), esok

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyediakan 8,253 pusat mengundi yang mempunyai 28,115 saluran di seluruh negara.


Katanya, semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 5.00 petang.

"Semua pengundi dinasihatkan membuat semakan masing-masing melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi.spr.gov.my atau sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO.KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888.

"Mereka boleh menghubungi talian 0388927018 atau semak di barung SPR di setiap pusat mengundi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]