[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Selesaikan Isu Pertanian, Aku Janji Calon BN Buat Masyarakat Tanah Rata


CAMERON HIGHLANDS: Sektor pertanian, pelancongan dan perniagaan merupakan antara aku janji yang akan diketengahkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, Leong Tak Man jika berjaya merampas kembali kerusi tersebut daripada DAP.

Ini berikutan ketiga-tiga sektor berkenaan merupakan nadi kepada masyarakat di sini terutama bagi penduduk di Tanah Rata.


Menurutnya, beliau telah mengetengahkan isu membabitkan ketiga-tiga sektor berkenaan sejak tahun 2015 terutama bagi golongan petani di tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

"Perjuangan saya adalah untuk rakyat yang selama ini menghadapi kesukaran dalam tempoh lima tahun DAP memegang kerusi di DUN ini.

"Rata-rata penduduk mengakui bahawa tiada sebarang perubahan yang dibawa DAP malah isu berkaitan tanah TOL juga tidak dapat diselesaikan oleh mereka," katanya ketika ditemui pada Sesi Bertemu Masyarakat Orang Asli di Pos Laryer di sini hari ini.

Tambahnya selain tiga sektor berkenaan dia juga prihatin akan isu dihadapi masyarakat Melayu berhubung rumah mampu milik dan ia akan diketengahkan jika BN berjaya di kerusi Parlimen dan DUN di sini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]