IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Seramai "189 Orang" Penerima "Darjah Dan Pingat" Kebesaran Pahang


PEKAN: Seramai 189 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan istiadat itu yang diadakan di Istana Abu Bakar di sini.

Pada istiadat itu, seramai tujuh individu menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, yang didahului Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Plantinum Oil & Gas Sdn Bhd Datuk Suhaimi Hashim.

Antara penerima SSAP lain ialah Pengarah Urusan K&A Management Sdn Bhd Datuk Koh Foong Soon, Pengarah Super Crane Machinery (M) Sdn Bhd Low Kim Ong, Presiden RF3 World Group of Company Nazeri Omar, Pengerusi Pertubuhan U-Kasih Lim Kim Lian dan Pengerusi Aik Chuan Construction Private Limited Lim Yew Ming.

Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada empat individu iaitu Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina Datuk Raszlan Abd Rashid, Pengarah Perfect Lady Sdn Bhd Datuk Gan Yong Hwa, Timbalan Ketua Pengarah (1) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Fakhrul Hatta Musa dan Pengarah New Chen Motor Credit Sdn Bhd Danny Chen Wei Keat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]