PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shahrir Samad Letakkan Jawatan "Pengerusi Felda" Berkuat Kuasa Serta Merta
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini. Surat peletak...

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini.

Surat peletakan jawatan beliau telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi Felda oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu," katanya. 

Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 6 Januari 2017 untuk menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad yang digugurkan ekoran isu penyelewengan tanah milik Felda di Jalan Semarak. 

Shahrir yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru apabila ditewaskan Akmal Nasrullah Mohd Nasir daripada Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 19,782 undi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top