PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: SPRM Baharu: Letakkan Di Bawah Parlimen, Buka Semula Kes 1MDB
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Presiden Transparency International – Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar (foto) menyarankan SPRM diletak di bawah Parlim...

KUALA LUMPUR: Presiden Transparency International – Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar (foto) menyarankan SPRM diletak di bawah Parlimen dan menjalankan siasatan semula kes sedia ada dengan membawa sesiapa yang melakukan kesalahan ke mahkamah untuk pengadilan.

Menurutnya, pimpinan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuka semula kes sedia ada termasuk kes 1MDB.

Pimpinan SPRM, katanya, perlu ditukar bagi memastikan badan tersebut dapat menjalankan tugas dengan lebih baik apabila kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara.

“Serahkan kepada SPRM yang baharu. Sebelum ini memang SPRM ada kes-kes tertentu kes-kes seperti SRC International.

“Pihak SPRM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti untuk membawa suspek ke muka pengadilan. Jadi ini kita boleh buka balik,” dipetik daripada Astro Awani semalam.

Beliau berpendapat kes Mara dan Tabung Haji juga boleh disiasat oleh badan bebas SPRM yang baharu itu nanti.

“Mereka akan menjalankan tugas dengan baik dan cepat sekiranya kita tidak diganggu-gugat,” tegasnya.

Sehubungan itu, Akhbar Satar berkata, SPRM wajar diberi ruang lebih bebas untuk menjalankan tugas dengan lebih profesional tanpa campur tangan pihak berkepentingan.

“Kita tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan perbincangan lain, namun serahkan pada badan profesional dan bebas.

“Maka. kita akan menyelamatkan negara dan institusi ini dihormati kerana disanjung masyarakat tempatan, dan luar negara,” ujarnya lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top