PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tan Sri Irwan Serigar Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah TH, BNM
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, ...

SHAH ALAM: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, tidak lagi menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya.

TH dalam kenyataannya berkata, Irwan menyandang jawatan berkenaan sejak 2011 di atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan.

“Kekosongan Ahli Lembaga Pengarah TH akan diisi wakil Perbendaharaan yang baharu sebagai mana yang termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995,” katanya.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga memaklumkan Irwan bukan lagi ahli Lembaga Pengarahnya berkuatkuasa 14 Mei 2018.

Bank pusat itu dalam kenyataan berkata, ia susulan Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Pada 14 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan memutuskan kontrak perkhidmatan Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun daripada 6 Mac 2019. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top