IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Terkini: Imigresen Sahkan Najib & Rosmah Di Larang Ke Luar Negara


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan larangan meninggalkan negara ini, berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, ketika mengesahkan perkara itu berkata, perintah senarai hitam berkenaan baru dilaksanakan, pagi ini.

"Setakat ini, tiada butiran (mengapa mereka disenarai hitam), cuma itu saja kenyataan daripada Jabatan Imigresen," katanya secara ringkas ketika dihubungi NSTP, sebentar tadi.

Sementara itu, Najib dalam entri Twitternya berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan dirinya dan keluarga ke luar negara. "Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara," katanya.

Difahamkan, Najib dan Rosmah hari ini dijadualkan menaiki penerbangan khas menggunakan jet khas ke Jakarta, Indonesia menerusi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]