[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Terkini: "Majlis Angkat Sumpah" Menteri Besar Pahang Di Tangguh


PEKAN: Majlis pelantikan Menteri Besar yang sepatutnya berlangsung hari ini di Istana Abu Bakar di sini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Difahamkan, majlis berkenaan akan diadakan sebelum bermulanya Ramadan.

Bagaimanapun, punca majlis angkat sumpah itu ditangguhkan tidak dijelaskan.

Mengikut jadual, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka mengangkat sumpah hari ini sebagai Menteri Besar bagi penggal kelima.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu menyaksikan BN Pahang kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Nege­ri (DUN) yang dipertandingkan manakala PKR sembilan kerusi dan Pas lapan kerusi.#sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]