PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tiga ADUN PAS, Mohon Mengadap "Sultan Perak" Di Istana Kinta Pagi Ini !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semanggol dan dua wakil rakyat parti itu sudah m...

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semanggol dan dua wakil rakyat parti itu sudah memasuki Istana Kinta, di sini jam 9.35 pagi.

Dua lagi wakil rakyat dari parti itu yang bersama Razman ialah ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahya.

Kesemua ADUN PAS itu dipercayai memasuki kawasan Istana untuk memohon mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Keadaan di luar Istana Kinta ketika ini dipenuhi media yang masih menunggu perkembangan selanjutnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan bahawa Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar baru dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah jam 5 petang ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top