IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tun Mahathir Umum Perlantikan 'Tiga Menteri Kanan' Kerajaan PH


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan tiga daripada tujuh menteri kabinetnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiga pemimpin parti itu mengisi jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

Dr Mahathir juga mengumumkan pelantikan beberapa tokoh terkemuka negara untuk menjadi anggota majlis penasihat kerajaan.

Mereka ialah:

Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan)
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara)
Tan Sri Mohd Hassan Marican (bekas Presiden Petronas)
Robert Kuok (ahli perniagaan)
Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi)


Kata Dr Mahathir nama tujuh lagi menteri untuk melengkapkan jumlah 10 kementerian awal kerajaan baru ini akan diumumkan kemudian. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]