PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun M: Kerajaan Pakatan Harapan Setuju "BR1M" Tetap Di Teruskan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Meskipun sering dituduh sebagai ‘dedak’, kerajaan Pakatan Harapan tetap bersetuju meneruskan pemberi­an Bantuan Rakyat 1...

KUALA LUMPUR: Meskipun sering dituduh sebagai ‘dedak’, kerajaan Pakatan Harapan tetap bersetuju meneruskan pemberi­an Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh Ba­risan Nasional (BN) sebelum ini bertu­juan meringankan kos hidup golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Maha­thir Mohamad berkata, kerajaan bagaimanapun akan mengkaji struktur bantuan tersebut supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.

“Kita sudah setuju akan terus­kan BR1M, tetapi kita kaji juga ke­ra­na kadangkala ada orang tidak layak masih menerima juga bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Maj­lis Presiden Pakatan Harapan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Sepanjang musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pemimpin Pakatan Harapan sentiasa melabelkan BR1M sebagai dedak atau rasuah kononnya sebagai tindakan untuk menarik hati rakyat agar menyokong BN.

Ketika ditanya mengenai impak daripada usaha kerajaan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Perdana Menteri berkata, hal itu tidak perlu dirisaukan kerana kerajaan masih menjana pendapatan hasil kenaikan harga minyak dunia serta pengurangan perbelanjaan kerajaan.

Malah, beliau juga menjelaskan, kerajaan sedia memberikan subsidi bahan api mengikut keperluan seandainya kekerapan perubahan harga petrol di pasaran dilihat boleh mengganggu sektor perniagaan.

Beberapa penarafan antara­bangsa sebelum ini menyoal ke­sediaan kerajaan untuk melaksa­nakan GST pada kadar sifar me­mandangkan tiada alternatif lain untuk kerajaan menambah pendapatan.

Mengenai prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini, Dr. Mahathir berkata, kerajaan tidak mempunyai unjuran buat masa ini kerana masih menyemak semula data-data penting yang menentukan kedudukan ekonomi sebenar.

“Mengenai angka dan kedudukan kewangan negara, saya mendapati banyak angka tidak benar. Kami perlu menentukan kedudukan sebenar sebelum membuat sebarang unjuran,” katanya. #sumber


Advertisement

Post a Comment

 
Top