IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tun M Menteri Pelajaran, Dr Wan Azizah Menteri Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan


PETALING JAYA; Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam kabinet baharu kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di sini, beliau turut mengumumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang dinamakan timbalan perdana menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Mengulas penamaan beliau bagi menerajui kementerian itu, Dr Mahathir berkata: "Saya memegang portfolio pendidikan oleh kerana terdapat ramai orang yang kurang berpendidikan di negara ini dan kami perlu menumpukan perhatian ke arah itu. Tambahan pula, cara pendidikan kita juga sudah ketinggalan zaman dan kita memerlukan cara baharu pengajaran dengan menggunakan komputer serta teknologi lain."

Berdasar pengumuman itu, dua kementerian khas untuk pelajaran yang diwujudkan sebelum ini iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan disatukan buat sementara waktu sebagai Kementerian Pelajaran.

Menurut Dr Mahathir, kesemua menteri yang dilantik setakat ini termasuk lapan menteri yang akan diumumkan dalam minggu ini akan mengangkat sumpah sebagai menteri pada Isnin depan.

"Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kelewatan pengumuman baki menteri yang lain, Mahathir berkata pemilihan menteri memerlukan pertimbangan yang terperinci.

"Kita mempunyai empat parti dalam PH dan setiap parti mempunyai keinginan memegang Kementerian tertentu dan ada juga yang bertindih. Oleh itu kita memerlukan masa lagi untuk menentukan individu yang sesuai yang akan pegang kementerian tertentu," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan tidak akan ada unsur nepotisme dalam pemilihan anggota kabinet. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]