[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Tun Mahathir: Kos Bina HSR Tidak Berbaloi Terhadap Peluang Kerja !


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya bahawa projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura dibatalkan kerana tidak memanfaatkan ekonomi negara secara keseluruhan.

Perdana Menteri berkata, kos untuk menampung projek berkenaan tidak berbaloi dengan jumlah peluang pekerjaan yang akan dicipta.

"Jika kita membelanjakan RM60 bilion hingga RM100 bilion supaya 100,000 orang boleh bekerja, itu tidak efisien," katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri di sini, malam ini.

Dr Mahathir mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan bersikap telus dalam keputusan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur - Singapura.

Najib menerusi Facebooknya hari ini berkata, projek berkenaan bukan diilhamkan berdasarkan keputusan satu negara saja, tetapi melalui kajian terperinci terhadap manfaatnya.

Katanya, berdasarkan unjuran laporan, HSR menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM640 bilion bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 2069, manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069.

Kerajaan hari ini memutuskan HSR dibatalkan selepas mengadakan perbincangan dengan Singapura selepas mengambil kira implikasi kewangan kerajaan, kerana ia memerlukan kos tinggi. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

unjuran kajian itu pasti diubaksuai mengikut kehendak umno-bn utk membolehkan projek itu dijalankan...memang pasti kerana najib terdesak nak selesaikan hutan 1mdb.
dan najib patut jelaskan dalam bidang apa akan wujudnya peluang pekerjaan yang begitu banyak....

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]