PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Veteran UMNO" Gesa Segerakan Perhimpunan Agung Tergempar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Majlis Tertinggi UMNO Malaysia perlu membuat keputusan segera untuk memanggil satu Perhimpunan Agung Tergempar (EGM) bagi...

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi UMNO Malaysia perlu membuat keputusan segera untuk memanggil satu Perhimpunan Agung Tergempar (EGM) bagi membincang hala tuju parti selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei yang lalu.

Menurut Setiausaha Agung  Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub , EGM tersebut penting bagi mengelak UMNO terus menerus diperlekeh oleh ahlinya sendiri.

"Suara desakan pemuda yang mahu Presiden parti berundur dan meletak jawatan akan menimbulkan suasana ketidaksetabilan dalam UMNO yang sekarang diibaratkan seperti ikan terkena tuba.

"Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan sehingga menunggu Perhimpunan Agung UMNO nanti. Veteran bimbang kekecewaan ahli dan kepimpinan UMNO bahagian akan memudaratkan parti dan integriti pemimpin pusat khususnya Presiden yang kini dipersalahkan," kata Mustapha dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, hanya dengan EGM perwakilan boleh mengemukakan cadangan hala tuju UMNO sehingga Perhimpunan Agung UMNO dan keputusan EGM perlu dipatuhi oleh seluruh kepimpinan dan ahli.

Mustapha berkata, Veteran UMNO berharap Majlis Tertinggii mempertimbangkan cadangan tersebut demi untuk menyelamatkan UMNO yang berada dipersimpangan akibat kekalahan dalam PRU-14 yang baru lalu. #sumber


Advertisement

Post a Comment

 
Top