PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Rosdy: Menteri Besar Baharu Pahang Miliki Banyak Pengalaman
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PEKAN:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang dilantik sebagai Menteri Besar baharu merupakan a...

PEKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang dilantik sebagai Menteri Besar baharu merupakan antara Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) kanan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang.

Wan Rosdy, 60, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri pada penggal lepas.

Sebelum bergelar ADUN Jelai sejak 2004, Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands itu pernah berkhidmat sebagai Penolong Ketua Pegawai Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) Perak, Pengurus Kompleks LPN Arau, Perlis; Pengurus Kompleks Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) Jerlun, Kedah; Pengurus Bernas Jertih, Terengganu; Pengurus Kanan Bernas Sungai Ranggam, Perak dan Pengurus Kanan Bernas Wilayah.

Keputusan PRU-14 menyaksikan BN Pahang kembali membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan manakala PKR sembilan kerusi dan Pas lapan kerusi.

Wan Rosdy mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dengan majoriti 3,507 undi dalam pertembungan empat penjuru.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar baharu menggantikan ADUN Pelangai, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memegang jawatan berkenaan sejak empat penggal lalu. #sumber



Advertisement

Post a Comment

 
Top