IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Zuraida Dakwa "Enam" Pemimpin Politik Sarawak Mohon Sertai PKR


KUALA LUMPUR: Enam pemimpin politik Sarawak termasuk dua anggota Parlimen Bebas yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14, hari ini menyertai PKR.

Dua anggota Parlimen tersebut adalah Larry Sng Wei Shien (Parlimen Julau) dan Jugah Muyang (Parlimen Lubuk Antu).

Turut menyertai parti berkenaan bekas timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Perkara itu diumumkan Ketua Wanita PKR, yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin setelah secara rasmi menerima borang keahlian mereka yang ditunjukkan kepada pemberita di sini.

"Kesemua mereka termasuk dua Anggota Parlimen Bebas secara rasmi sertai PKR dan telah menyerahkan borang keahlian," katanya pada sidang media di sini yang turut dihadiri oleh enam pemimpin politik itu. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Sarawak ikut PRU14 ke?

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]