IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Adnan Yaakob "Dedahkan" Rahsia Kenapa BN Terus Kekal Di Pahang


KUALA LUMPUR: Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pendekatan yang diambil oleh ADUN dan ahli Parlimen BN di negeri berkenaan telah membolehkan Pahang terselamat dari tsunami politik pada PRU14.

Jelasnya, kerja keras dan mudah mendekati rakyat antara kunci kejayaan BN kekal di negeri itu.

"Kenapa kita menang (di Pahang) bukan kita takbur, Pahang ini ahli Parlimen dan Adun semua bekerja kuat, pergi jumpa orang boleh bantu kita bantu, dan kalau boleh tolong kita tolong.

"Itu sebab kita menang bukan dabik dada dalam keadaan tsunami itu alhamdullillah ALLAH bagi Pahang bertahan bukan senang ," katanya dalam sidang media di Hotel Pasifik, di sini , hari ini.

Jelasnya, yang menjadi masalahnya apabila pemimpin menjauhkan diri daripada rakyat.

"Masalah kita bila kita menjauhkan diri daripada akar umbi apabila pemimpin Umno disemua peringkat menjauhkan diri seolah dia golongan elit sebab itu kita kalah," katanya.

Keputusan PRU14 menyaksikan BN kekal memerintah Pahang selepas sekadar meraih majoriti mudah apabila memenangi 25 daripada 42 kerusi Dun.

Kerusi Dun yang dimenangi tersebut ialah Jelai, Padang Tengku, Cheka, Benta, Batu Talam Dong, Pulau Tawar, Inderapura, Sungai Lembing, Lepar dan Pulau Manis

Turut dimenangi BN ialah kerusi Dun Peramu Jaya, Bebar, Chini, Kuala Sentul, Jenderak, Kerdau, Lanchang, Kuala Semantan, Pelangai, Guai, Kemayan, Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]