PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Adnan Yaakob "Sarankan" UMNO Bukan Keanggotaan Kepada Kaum Lain
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran membuka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transform...

KUALA LUMPUR: UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran membuka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk memperkukuh kedudukan parti berkenaan di persada politik tanah air.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata UMNO tidak boleh lagi dilihat sebagai parti yang hanya menjaga kepentingan kaum Melayu semata-mata.

"Mungkin kita kena ikut balik semasa zaman Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang buka (keahlian) kepada semua kaum.

"Tidak ada lagi hak istimewa. Hak istimewa untuk orang susah. Kalau orang Melayu susah tolong orang Melayu, orang Cina susah tolong orang Cina dan orang India susah tolong orang India," katanya pada Majlis Pengumuman Calon Pemilihan UMNO di sini, hari ini.

Adnan, bagaimanapun menegaskan dua perkara iaitu kedudukan agama Islam dan keistimewaan Raja-Raja Melayu wajib dipertahankan dan tidak boleh dikompromi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top