PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: AG: "Skandal 1MDB", Tiada Siapa Boleh Terlepas Atau Di Lindungi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Pendakwaan melibatkan skandal 1MDB merupakan satu daripada tiga perkara menjadi keutamaan Tommy Thomas dalam menggalas tugas...

PUTRAJAYA: Pendakwaan melibatkan skandal 1MDB merupakan satu daripada tiga perkara menjadi keutamaan Tommy Thomas dalam menggalas tugas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Thomas berkata pihaknya akan mengkaji kertas siasatan melibatkan skandal berkenaan dan mengheret semua pihak yang melakukan salah laku sama ada membabitkan bidang kuasa sivil atau jenayah.

"Semua akan dilayan sama rata menurut peruntukan undang-undang. Tiada siapa yang akan terlepas atau dilindungi," katanya.

Thomas berkata, sebagai langkah permulaan, pihaknya akan menghubungi rakan sejawat di AS, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan beberapa negara lain dan mengenal pasti bidang kuasa dengan memberikan kerjasama dan bantuan kepada mereka berkaitan 1MDB demi mengembalikan wang berbilion ringgit yang telah dicuri daripada rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari pertama beliau melapor diri di Jabatan Peguam Negara di sini, hari ini.

Ditanya mengenai sama ada terdapat individu tertentu yang disiasat berhubung skandal 1MDB, katanya beliau perlu mengkaji kertas siasatan kes itu terlebih dulu.

"Saya perlu kaji terlebih dulu kertas siasatan dan akan mendapatkan maklumat daripada jabatan. Memandangkan saya orang baru dan merupakan orang 'luar' sebelum ini, saya tidak tidak mempunyai akses kepada dokumen kerajaan serta hanya mengetahui maklumat berkaitan bacaan secara umum,"ujarnya

Selain itu, Thomas berkata, dua lagi perkara yang akan menjadi fokus beliau adalah untuk memansuhkan undang-undang yang menindas selain akan mengkaji semula pelaksanaan kontrak antarabangsa yang dibuat pentadbiran terdahulu yang didapati bercanggah dengan kepentingan negara ini.

"Perdana Menteri sudah mengumumkan pemansuhan GST dan Akta Antiberita Tidak Benar. Bagaimanapun masih terdapat beberapa lagi (undang-undang yang menindas) dan memerlukan masa untuk dimansuhkan samaada keseluruhan atau sebahagian daripadanya,"  katanya.

Bagaimanapun katanya, .alaysia merupakan sebuah negara bebas dan tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan kesalahan.

"Tidak perlu takut kalau polis datang ketuk pintu pada tengah malam. Bagaimanapun mereka yang melanggar undang-undang akan berdepan dengan tindakan walau siapa pun mereka," katanya.

Beliau turut berikrar untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan secara betul, adil dan saksama," katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau sedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak dengan mengambil kira hak kebebasan bersuara.

"Berdasarkan konsep kebebasan bersuara, saya terbuka dan berbesar hati untuk dikritik. Saya lebih gemar mendengar kritikan daripada pujian," katanya.

Terdahulu Thomas tiba di Pejabat Peguam Negara kira-kira jam 1.40 petang sebelum meluangkan masa untuk  sesi taklimat daripada pihak jabatan.

Surat lantikan Thomas sebagai peguam negara berkuat kuasa pada 4 Jun itu diterima pagi tadi secara kontrak selama dua tahun. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top