IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Annuar: Tawar 'Tanding' Timbalan Presiden Bagi Pastikan Perubahan UMNO


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak akan berundur untuk membantu membawa perubahan yang diperlukan parti itu susulan kekalahan paling teruk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Sambil menyifatkan dirinya sebagai orang paling 'senior' yang masih berada dalam saf kepimpinan parti, Annuar berkata beliau menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ini untuk membantu pucuk pimpinan dan Presiden parti dalam usaha merekayasa semula UMNO sebagai satu wadah perjuangan umat Islam, kaum bumiputera dan bangsa Malaysia keseluruhannya.

"Tidak dapat tidak merekayasa mesti melibatkan perubahan besar. Perubahan bukan sahaja pada individu tetapi semestinya melibatkan pada dasar, organisasi, strategi dan modus operandi parti. Saya sanggup bekerjasama dengan Presiden dan MT UMNO untuk memastikan perubahan dilakukan dengan penuh komitmen, cermat, tersusun dan bijaksana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada PRU14 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan Putrajaya yang kini ditadbir Pakatan Harapan berkata roh dan falsafah UMNO akan terus dipertahankan, manakala pendekatan dan amalan wajib diubah.

"Konsep dan penyertaan UMNO dalam BN perlu disemak. Prinsip muafakat antara kaum perlu diperbaharui, malah cara parti memandang ke hadapan perlu pragmatik dan meneliti pelbagai pilihan yang ada demi mencapai cita-cita membela agama, bangsa dan tanah air tercinta. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]