PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anwar Ibrahim Sahkan Beliau Tak Akan "Ambil Alih" Kerusi Parlimen Pandan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PE TALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih kerusi Parlimen Pandan yang disandan...

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal spekulasi bahawa beliau akan mengambil alih kerusi Parlimen Pandan yang disandang isterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dan PKR itu berkata buat ketika ini, adalah tidak praktikal untuk beliau berbuat demikian memandangkan Wan Azizah yang baru memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan itu perlu berundur diri lebih awal sekiranya bagi memberi laluan kepadanya.

Tambahan, beliau berkata selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau lebih selesa untuk menjadi sebagai 'backbencher' (penyokong kerajaan).

"Bebas. Saya nak pergi round dulu, saya ada komitmen, mengajar dan kuliah, banyak di beberapa universiti, dalam dan luar negara.

"Malah, saya pun belum ada pengalaman menjadi ahli Parlimen biasa. Sebelum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan menteri dan pemimpin pembangkang jadi sekarang saya mahu jadi 'backbencher'," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada wakil rakyat PKR di sini, hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top