IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Azmin Ali: Felda Perlu Melakukan Perubahan Segera Untuk Tangani Masalah Mereka


PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu Felda melakukan perubahan secepat mungkin bagi menangani masalah-masalah mereka.

Timbalan presiden KEADILAN itu yang bertemu Felda minggu ini bertegas agar pengurusan agensi itu bertanggungjawab terhadap masalah-masalah yang dihadapinya.

“Pihak pengurusan harus bertanggungjawab. Saya memberitahu Felda yang mereka harus melakukan perubahan secepat mungkin. Mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap masalah yang melanda Felda,” katanya.

Bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad sebelum ini meletak jawatan selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau turut disaman pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd sebanyak RM100 juta atas dakwaan mengeluarkan kenyataan kurang tepat tentang syarikat itu.

Sementara itu, Azmin turut mengumumkan beliau akan bertemu lembaga pengarah Tabung Haji dalam masa terdekat.

“Saya akan bertemu Tabung Haji minggu depan bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi agensi itu. Saya menjangkakan akan ada beberapa peletakan jawatan,” kata Azmin memetik laporan The Malaysian Insight. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]