IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Bekalan 'Air Terputus", Lori Bawa Air Pula Kemalangan Di Jengka 4 !


MARAN: Sebuah lori tanker air milik Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) terbalik di jalan utama ke Felda Jengka 4 sekitar jam 3.00 petang tadi.


Lori terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan untuk membawa bekalan air kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat masalah air di Felda Jengka 4 sejak beberapa hari lalu.


Bagaimana pemandu lori terbabit dipercayai terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, PAIP sedang giat mengjantar bekalan air ke kawasan terjejas terutamanya di Jengka 4.


Selain dari Jengka 4, lokasi lain yang turut terlibat ialah Felda Jengka 6 dan Jengka 7.

Ketiadaan air sejak sebelum Hari Raya Aidil Fitri dibeberapa kawasan menyebabkan kemeriaan lebaran terencat dan ia cukup mengecewakan anak-anak yang pulang dari perantauan untuk berhari raya bersama keluarga masing-masing. #PDO


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]