PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bekas ADUN BN Dan Calon Bebas DUN Mentakab Umum Sertai PKR
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH:  Bekas calon Bebas DUN Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong antara mereka yang menyerahkan borang keahlian PKR secara rasmi, kelma...

TEMERLOH: Bekas calon Bebas DUN Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong antara mereka yang menyerahkan borang keahlian PKR secara rasmi, kelmarin.

Boon Seong sudah menyatakan keputusannya menyertai parti tersebut sebelum ini, dan antara 115 individu yang menyerahkan borang keahlian.

Pada majlis sama turut menyaksikan penubuhan lima ranting PKR di bawah Cabang Temerloh iaitu Taman Bukit Bendera, Taman Bukit Bendera  Intan, Pusat Bandar Mentakab, Kawasan Perindustrian Mentakab dan kawasan Starmall.

Menurutnya, tindakan beliau menyertai parti tersebut kerana situasi politik yang melanda di negara ini.

Menyifatkan parti itu lebih sesuai dengan merangkumi semua kaum, beliau yang turut dilantik Ketua Ranting Taman Bukit Bendera Intan akan terus berjuang membela kepentingan rakyat.

“Saya dan rakan-rakan seperjuangan lain memilih PKR kerana lebih sesuai dengan hala tuju serta membabitkan semua kaum,” katanya dalam majlis di sebuah restoran di Taman Rimba Mentakab.

Hadir sama Ketua Angkatan Muda PKR Pahang Wong Chun Yuan.

Sebelum ini, Boon Seong bertanding atas tiket Bebas pada PRU14 lalu dan bertindak keluar parti MCA sejak Ogos tahun lalu.

Adun Semambu, Lee Chean Chung menjadi wakil penerimaan borang keahlian tersebut dalam majlis itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top