[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Bekas MB Pahang "Berjanji" Bantu Pesakit Kanser Membayar Hutang RM12,000


KUALA LUMPUR: Ketika bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyelesaikan kes saman yang difailkan bekas peguamnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, seorang lelaki berusia 60 tahun sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen bersebelahan kerana tidak membayar hutang lebih RM12,000 dengan sebuah syarikat koperasi.

Selepas menyedari lelaki itu yang kelihatan lemah, Adnan, 68, mendekatinya dan bertanya tentang kehadirannya di situ.

Peguam yang mewakili lelaki itu, Aliff Ridhuan, kemudian memberitahu Adnan bahawa lelaki itu dibicarakan kerana tidak membayar hutang.

Adnan kemudian bertanya lelaki itu tentang penyakit yang dialaminya dan dia menjawab sendang menderita kanser buah pinggang tahap keempat.

Selepas mendengar perkara itu, Adnan berjanji untuk membayar hutang yang ditanggungnya.

Beliau kemudian meminta pembantunya untuk mengambil maklumat lelaki itu dan memberitahu Aliff untuk menghubungi pembantunya untuk wang pembayaran.

"Anda tak perlu bimbang, saya akan tolong bayarkan. Tolong jaga diri, katanya kepada lelaki itu dalam bilik mahkamah.

Salah seorang pembantu Adnan kemudian memberitahu pemberita bahawa ada yang menganggap Pengerusi BN Pahang itu seorang yang kasar tetapi ramai yang tidak tahu sisi lembutnya.

Ketika ditemui, lelaki itu berkata dia tinggal di Ipoh tetapi mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, ujian hospital mendapati kanser yang dialaminya tidak lagi boleh dirawat sama ada melalui ubatan, penukaran buah pinggang, radioterapi atau kemoterapi.

"Tak boleh dirawat jadi saya hanya tunggu masa," kata lelaki itu yang tidak mahu dinamakan. Dia berterima kasih atas bantuan yang diberikan Adnan.

Ketika ditemui kemudian, Aliff berkata dia yakin Adnan akan menunaikan janjinya.

"Saya akan beritahu Adnan jumlahnya dan hubungi pembantunya," kata peguam itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]