[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Dua Orang, 'Exco' Kerajaan Negeri Pahang Yang Baru Angkat Sumpah


KUANTAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk Seri Mohd Soffi Razak dan ADUN Batu Talam Datuk Abd Aziz Kiram hari ini dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) bagi Penggal Ke-14.

Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Jawatan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di sini.

Turut hadir pada majlis istiadat tersebut termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, lapan Exco yang dilantik sebelum ini dan barisan ADUN.

Mohd Soffi merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar pada penggal lepas, manakala Abd Aziz manakala adalah antara empat muka baru yang dilantik menjadi Exco kerajaan negeri untuk penggal ini.

Perlantikan tersebut sekali gus melengkapkan jumlah 10 Exco seperti yang dibenarkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]