PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: 'Empat Maut Dua Cedera', Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Empat orang maut dan dua lagi cedera dalam satu kemalangan di KM161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan pagi tadi. ...

KUANTAN: Empat orang maut dan dua lagi cedera dalam satu kemalangan di KM161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan pagi tadi.

Kereta Perodua MyVi yang dinaiki oleh enam penumpang itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke kampung halaman di Kemaman.

Difahamkan, sebelum kemalangan mangsa sempat singgah sahur di RNR Temerloh. 

Dalam kemalangan yang turut berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Maran susur keluar Maran itu, kesemua mangsa menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi dan mangsa yang maut melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki tersepit akibat kejadian tersebut

Manakala dua lagi mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita itu mengalami kecederaan.

Pegawai Operasi, Shamsyl Affendy Sulaiman memberitahu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Maran bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya terdapat empat mangsa yang tersepit dan pihaknya menggunakan hidraulik cutter untuk mengeluarkan ke semua mangsa terbabit.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top