PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Fuziah Cadang, Kerajaan Bina Loji Air Berasingan Bagi Pihak Industri
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Loji air berasingan untuk pihak industri dicadangkan dibina di negeri Pahang bagi mengatasi masalah air yang sering berlaku di...

KUANTAN: Loji air berasingan untuk pihak industri dicadangkan dibina di negeri Pahang bagi mengatasi masalah air yang sering berlaku di kawasan perindustrian terutamanya di Semambu dan Gebeng di sini.

Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata cadangan penyelesaian itu diperolehi selepas mesyuarat berkaitan hal itu diadakan membabitkan semua agensi terlibat hari ini.

Katanya, pihak industri berasaskan kimia dan polimer telah membuat aduan kepadanya sekitar Mei lalu, mendakwa kerugian RM65 juta ekoran masalah bekalan air menyebabkan mereka tidak boleh beroperasi selama dua minggu.

"Sebab itu kita adakan mesyuarat yang akhirnya memutuskan pembinaan sebuah loji air baharu bagi memenuhi keperluan industri... pihak industri yang kebanyakannya syarikat luar negara tidak perlu bersaing dengan syarikat tempatan bagi mendapatkan bekalan air yang merugikan semua.

"Kertas kerja mengenai cadangan penyelesaian ini akan disiapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang sebelum saya membawanya kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan bajet dalam tempoh dua minggu," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top