PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Fuziah Kekal Dengan Pendiriannya "Sokong" Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kekal dengan pendiriannya menyokong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana projek ...

KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kekal dengan pendiriannya menyokong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana projek mega itu dilihat mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat termasuk di Kuantan.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan kos projek tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Menurutnya, kos RM55 billion perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan ia benar-benar memberi impak positif kepada negara.

“Sejak dahulu pendirian saya sentiasa mengalu-alukan projek ECRL ini kerana ia mampu mewujudkan jaringan perhubungan yang lebih baik di Pantai Timur.

“Kita menyedari tahap penerbangan yang tidak begitu baik... perjalanan melalui jalan raya pula mengambil masa tiga atau empat jam untuk ke Kuala Lumpur.

“Dengan ECRL saya percaya ia dapat membuka jalan kepada orang ramai termasuk pelancong dan tidak mustahil (Pantai Timur) boleh dijadikan hab pelancongan antarabangsa kelak... cuma apa yang kita prihatin ialah harga kosnya terlalu mahal,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pelabuhan Kuantan di sini, hari ini.

Fuziah berkata, beliau berharap projek ECRL berupaya memberi lebih keuntungan kepada kontraktor tempatan berbanding pihak luar jika diteruskan.

“ECRL pasti dapat mencipta banyak peluang ekonomi, tetapi difahamkan sebelum ini, hanya 30 daripada 60 peratus projek pembinaan infrastrukturnya diberikan kepada kontraktor tempatan?

“Sepatutnya mereka dapat lebih kerana rakyat kita terpaksa menanggung harga yang mahal untuk membinanya,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top