IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Jamal Dapat Undi Tertinggi Jadi "Ketua Pemuda" Dari Bahagian Sungai Besar


SABAK BERNAM: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendapat undian paling tinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di peringkat bahagian Sungai Besar hari ini.

Jamal dapat undi besar jadi Ketua Pemuda di bahagian Sungai Besar

Jamal merupakan antara enam calon yang merebut jawatan ketua pemuda berkenaan meninggalkan jauh pesaingnya dengan mendapat 152 undi daripada perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar yang bersidang di Sekin Hotel Sekinchan di sini.

Sementara itu, calon lain, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendapat 32 undi, Abdul Razak Mohamed Yusof (7),  Imbran Afham Armen (2), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari (2) dan Mohd. Shahar Abdullah (1).

Manakala tiga lagi calon, iaitu Wan Md. Hazlin Agly Wan Hassan, Syed Rosli Syed Harman dan Khairul Azwan Harun tidak mendapat sebarang undi 

Seramai 197 perwakilan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada pemilihan tersebut dengan terdapat satu undi rosak.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamal yang muncul dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang mengundi beliau.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar kerana memberikan kemenangan majoriti yang cukup besar kepada saya.

"Satu langkah, satu petanda awal yang cukup baik untuk saya... Terima kasih, saya menang di Bahagian UMNO Sungai Besar," katanya. #sumber

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Betul ker cerita kartun penjenayah yg dikehendaki polis?..

Kejora Bapuk Bodo said...

Asyraf menang ketua pemuda Umno

24 Jun 2018, 11:02 tengahari (Dikemaskini 24 Jun 2018, 11:45 tengahari)
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dijangka memenangi jawatan ketua Pemuda Umno selepas mendapat tentangan sengit daripada tiga calon lain.

Keputusan tidak rasmi pada 4.30 pagi menunjukkan Asyraf berada di hadapan dengan memperoleh 73 undi daripada 191 bahagian.

Senator Khairul Azwan Harun yang lebih dikenali sebagai 'Azwanbro', berada di kedudukan kedua dengan memperoleh 58 undi.

Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Shahar Abdullah pula berada di tempat ketiga dengan sokongan 56 bahagian Umno, manakala pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat undi dari dua bahagian.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]