IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Jamal Yunos Mendakwa 'Gambar' Beliau Tunjuk Pistol 'Di Sunting' & Palsu !


SHAH ALAM: Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang kini menjadi buruan polis mendakwa sekeping gambar memaparkan pistol terselit pada pinggangnya adalah palsu dan telah disunting pihak tertentu.

Jamal memberitahu, beliau secara peribadi telah melihat sendiri gambar berkenaan yang disunting sehingga menyerupai dirinya. 

"Itu bukan gambar saya dan gambar itu adalah fake (palsu). 

"Saya pun tidak mengenali gambar tersebut dan perkara ini amat mendukacitakan kerana hanya gambar telah diedit saya direman tiga hari di dalam hospital," katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi klip video berdurasi 1 minit 44 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook sejak tengah malam tadi.

Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia turut mendakwa tindakannya sebelum ini bukan melarikan diri sebaliknya meninggalkan hospital sahaja. 

Ujarnya, ini berikutan beliau telah menjalani proses (reman) berdasarkan laporan (polis) yang dilakukan oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkaitan gambar beliau menunjukkan pistol.

"Ketika itu (saya) mengalami kesihatan kurang baik, sakit perut, jantung dan tulang belakang. Alhamdulillah telah kembali pulih seperti sedia kala. 

"Saya tetap bersama rakyat malaysia mendokong undang-undang negara kita dan berharap undang-undang ini tidak diambil kesempatan dan disalahguna oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]