[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



JDT "Tumpaskan" Tok Gajah 2-1 Di Kuantan, Kekal Dahului Carta Liga Super


KUANTAN:  Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menumpaskan Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini, sekali gus mengukuhkan cengkaman untuk mendahului carta Liga Super dengan perbezaan 11 mata.

Tuan rumah cuba merobek pintu gol lawan pada minit ke-6 menerusi tandukan kencang Norshahrul Idlan Talaha yang menerima hantaran Matthew Thomas Davies, namun percubaannya itu tidak berhasil.

Skuad Harimau Selatan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-32, apabila Fernando Andrez Marquez menanduk cantik ke gawang Pahang selepas menyambut hantaran Fernando Gaston yang mengambil sepakan percuma.

Pada babak kedua, skuad Tok Gajah menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan untuk mengekang kemaraan JDT. Kegigihan Pahang berbaloi apabila mereka berjaya meledakkan gol menerusi pemain import, Issey Farran Morgan Nakajima pada minit ke-84.

Namun, JDT bangkit untuk mendahului menerusi Gonzalo Gabriel Cabrera yang mengambil sepakan penalti pada minit ke-90 selepas penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Heliza Elias menjatuhkan Ahmad Hazwan Bakri dalam kotak penalti.

JDT kekal di kedudukan teratas dengan 38 mata selepas 15 perlawanan, diikuti Perak (27 mata), Pahang, Kedah dan Terengganu FC I (kesemua 24 mata). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]