PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: JPJ Pahang: Memotong Di Garisan Kembar, Kesalahan Paling Banyak Di Lakukan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Memotong di garisan berkembar merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna jalan raya sepanjang lima hari Jabata...

KUANTAN: Memotong di garisan berkembar merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna jalan raya sepanjang lima hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melaksanakan Op Hari Raya Aidilfitri bermula 8 Jun lepas. 

Pengarahnya Muhammad Abdullah berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 220 kes kesalahan memotong di garisan berkembar dikesan manakala 288 daripada 1,376 kenderaan yang diperiksa telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. 


"Kita minta pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana ia dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini khususnya kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa. 

"Kajian juga menunjukkan bahawa 80 peratus kemalangan adalah disebabkan sikap pengguna itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Motosikal Hari Raya Aidilfitri bersepadu di Tanjung Lumpur di sini, semalam. 

Muhammad berkata pihaknya juga mendapati tujuh daripada 71 bas yang dinaiki oleh pegawai JPJ sebagai penumpang tidak menyediakan pemandu kedua, sedangkan perkara itu diwajibkan kepada bas dengan perjalanan melebihi 300 kilometer atau empat jam tempoh perjalanan. 

Katanya, JPJ juga melakukan pemeriksaan di terminal bas di negeri ini secara bersepadu bagi memastikan syarikat bas mematuhi peraturan dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebelum memulakan perjalanan. 

"Setakat ini, sebuah bas di Terminal Sentral Kuantan telah ditahan daripada memulakan perjalanan kerana keadaan tayar yang haus. Syarikat bas itu telah menukar tayar tersebut di terminal sebelum dibenarkan membawa penumpang," katanya. 

Mengulas mengenai Op Motosikal itu, Muhammad berkata operasi itu dilakukan serentak di lima lokasi di Pahang dan mendapati 77 kesalahan tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh (60 kes), kesalahan teknikal (22 kes) dan lain-lain (75 kes). 

Beliau menambah lima pengguna jalan raya juga ditahan selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati mereka positif dadah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top