PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kemalangan: Dua Mangsa Maut, Kenderaan Bertembung Di Jalan Pekan- Nenasi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di Kilometer 16, Jalan Pekan-Nenasi/Rompin, Pekan dekat sini...

KUANTAN: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di Kilometer 16, Jalan Pekan-Nenasi/Rompin, Pekan dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata pada kejadian pada pukul 7 pagi itu menyebabkan Abdul Rahman Majid, 54, dan Muhamad Jamaltufirdaus Mohd Hanafiah, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Katanya, semasa kejadian, Muhamad Jamaltufirdaus yang menetap di Rancangan Rumah Murah Nenasi dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilang DRB Hicom Pekan manakala Abdul Rahman yang bekerja sendiri dipercayai menuju ke Cenderawasih dari Sungai Miang Pekan.

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas Muhamad Jamatulfirdaus yang memandu kereta jenis Proton Saga gagal mengawal kenderaannya semasa melalui selekoh menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan.

"Abdul Rahman yang memandu van Nissan Vanette pula dipercayai tidak dapat mengelak kerana jarak yang terlalu hampir menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung sebelum terbabas ke bahu kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top