PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Loke: Kerajaan Cadang Tubuhkan Jawatan Kuasa "Pantau" Laporan Kemalangan Bas Ekspres
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan penilaian t...

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan penilaian tragedi kemalangan bas Genting Highlands pada Ogos 2013, bagi mengatasi isu kemalangan membabitkan bas ekspres.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet Rabu ini.

Katanya terdapat 51 cadangan dimuat dalam laporan itu hasil kajian terhadap tragedi kemalangan bas yang meragut 37 nyawa itu, bertujuan menambah baik sistem bas ekspres negara.

"Saya sudah minta ketua setiausaha kementerian untuk melihat semula laporan itu dan kita nak pantau betul-betul sejauh mana kesemua cadangan itu telah dilaksanakan dalam beberapa tahun ini."

"Kita tidak perlu apa-apa kajian lagi kerana pelbagai kajian telah dibuat, sekarang ialah masa untuk pelaksanaan (kajian terdahulu)," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Loke berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa kemalangan jalan raya yang berlaku semalam, termasuk tragedi melibatkan sebuah bas ekspres di kilometer 142.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Pagoh, Johor yang meragut tiga nyawa. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top