IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

MB: Kerajaan Negeri Pahang Akan Pertimbangkan Peruntukan ADUN Pembangkang


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan mempertimbangkan sama ada perlu menyalurkan sejumlah peruntukan kepada Adun pembangkang di negeri ini atau sebaliknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu masih belum diputuskan buat masa ini.

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan perlu mengambil kira kedudukan kewangan negeri, sebelum dimurtamadkan.

“Kita sedang fikir.. dan ia bergantung kepada kedudukan kewangan,” katanya selepas meraikan hampir 2,000 pelajar dan kakitangan Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) dalam satu majlis berbuka puasa, kelmarin.

Sebelum ini, beberapa negeri yang dipimpin Pakatan Harapan (Harapan) mengiktiraf peranan pembangkang dengan memberi peruntukan kepada semua Adun.

Hadir sama, Pengarah Urusan UCYP, Datuk Norhishamuddin Yaacob dan Naib Pengerusi UCYP Prof Datuk Dr Abdul Monir Yaacob.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha yang dilakukan demi mempertingkatkan peluang pendidikan dan pencapaian akademik pelajar di negeri ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]