IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Kerajaan "Usaha Tahan" Jho Low, Beliau Berada Di Banyak Negara


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berusaha untuk menahan penasihat khas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low.
"(Kita) cuba untuk menahan Jho Low, tetapi dia tidak berada di dalam negara.
"..dan kita tidak ada hak ekstradisi dengan negara di mana dia berada," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di sini, semalam.
Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Jho Low dan Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.
Waran yang dikeluarkan, kelmarin itu sekali gus menjadikan kedua-dua mereka sebagai 'individu dikehendaki'.
"Mereka amat dikehendaki untuk membantu dalam siasatan 1MDB," kata sumber terdekat yang mengesahkan arahan waran tangkap itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan, semalam turut meminta dua individu berkenaan untuk segera tampil bagi membantu siasatan kes SRC.
Ditanya sama ada beliau mengetahui di negara mana Low berada, Perdana Menteri hanya menjawab Low berada di banyak negara.
Ditanya atas asas apa yang membolehkan Low untuk ditahan, Dr Mahathir berkata, ia mengenai pembabitan individu itu dengan skandal 1MDB.
Difahamkan, beberapa laporan dipetik berkata, Low berada di pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk Thailand, Hong Kong dan Australia.
Malah, menurut laporan Bloomberg, kelmarin, ahli perniagaan kontroversi itu bersedia membantu dalam siasatan 1MDB.
Low memberitahu sudah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa agensi berkenaan mencari beliau bagi membantu siasatan 1MDB.
"Perkara itu dimaklumkan oleh wakil Jho Low dalam satu kenyataan e-mel," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]