[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Man Kidal Di Lantik Ahli Kehormat Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya


PEKAN: Pemain gitar kumpulan Lefthanded, Man Kidal hari ini menerima lantikan sebagai  Ahli Kehormat Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya (KDPJ). Perlantikan telah disempurnakan oleh Presiden KDPJ, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant.

Nama Man Kidal memang tak asing dalam industri muzik tanahair. Siapa tak kenal dengan pemain gitar Lefthanded yang sering mengiringi persembahan artis-artis ternama dari dalam dan luar negara.

Sinonim dengan sentuhan serta fesyen yang membawa pengaruh dan menjadi ikon gitaris anak muda, Man Kidal merupakan antara produk Malaysia yang dikenali di serata dunia.

"Perlantikan ini adalah atas jasa dan sumbangan beliau (Man kidal) ke atas kelab kami," jelas Syed Faiz kepada pemberita.

Sementara itu, Man Kidal ketika ucapan balasnya, menzahirkan rasa terima kasih atas lantikan dan penghargaan tersebut.

"Hari ini saya rasa sangat bertuah dan teruja menerima watikah ini. "Bagi saya ini merupakan sesuatu yang sangat berharga secara personal," katanya.

Dalam pada itu, jelas Man Kidal beliau akan memberi komitmen yang tinggi untuk membantu kelab itu terus kekal maju ke hadapan.

"Saya akan beri sokongan berterusan dan akan mengembangkan pengaruh kelab kepada kenalan artis dan menarik penyertaan mereka (golongan artis) lebih ramai lagi termasuk memberi pandangan dan nasihat berhubung dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan KDPJ," katanya lagi.

KDPJ kini sentiasa aktif dalam kerja kemasyarakatan di sekitar DUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]