IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Mantan "Menteri Besar Pahang" Meninggal Dunia Di Kediamannya Tengahari Tadi


KUANTAN: Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, 79, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Buaya di sini pada jam 12.20 tengah hari ini.

Anak sulungnya, Shamsol Rahman, 48, berkata arwah sudah hampir sebulan terlantar akibat komplikasi penyakit buah pinggang yang dialaminya sejak belasan tahun lalu.

"Ayah pernah melakukan pemindahan buah pinggang di Guangzhou, China 15 tahun lalu. Beliau kembali sihat selepas menjalani pembedahan itu, sebelum kembali menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sejak awal April lalu.

"Bagaimanapun, ayah dibenarkan keluar pada pertengahan Mei lalu dan menerima rawatan susulan di rumah," katanya kepada pemberita semasa ditemui di rumahnya di sini.

Shamsol berkata jenazah ayahnya akan disempurnakan dan disembahyangkan di rumah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan untuk dikebumikan selepas solat Asar. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]