PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: MB Pahang "Umum Portfolio" Dua Exco Baru Yang Di Lantik Semalam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengumumkan portfolio dua Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ex...

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengumumkan portfolio dua Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu Pahang bagi Penggal ke-14, yang dilantik semalam.

Wan Rosdy berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara ADUN Batu Talam Datuk Abd Aziz Mat Kiram memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.

Pengumuman itu dimaklumkan menerusi kenyataan media daripada Pejabat Menteri Besar Pahang di sini hari ini, selepas mesyuarat mingguan Exco, dan pelantikan kedua-dua Exco berkenaan memegang jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Mohd Soffi dan Abd Aziz dilantik sebagai Exco Pahang semalam, selepas Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan membenarkan permohonan Wan Rosdy untuk menambah jumlah Exco Pahang daripada lapan kepada 10 Exco. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top