[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Najib Mahukan Semua Ahli UMNO 'Teruskan Perjuangan', Walau Pun Sedang Di Uji


PEKAN: Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut semua anggota parti itu meneruskan perjuangan walaupun sedang berhadapan dengan ujian berat ketika ini.

Najib berkata semua anggota UMNO tidak boleh membiarkan parti yang diasaskan sejak 72 tahun lepas berakhir atau tidak lagi mendapat tempat mahupun dianggap sudah tidak relevan.

Beliau berkata sudah tentu dalam perjuangan tidak semuanya akan melalui 'jalan manis', sebaliknya sesekali akan berdepan laluan berliku atau jalan buntu dan hanya yang cekal, berlapang dada serta istiqamah akan memperoleh kejayaan.

"Lihat apa sedang berlaku ini adalah perjuangan amat menguji kita. Allah letakkan ujian sangat besar (untuk melihat) jika kita mempunyai kesungguhan dan menghidupkan kembali perjuangan asal UMNO.

"Ketika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, kita tidak mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi. Tapi kita ada kekuatan semangat dan perpaduan...dengan itu sahaja, kita menumbangkan Malayan Union," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]