Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

NGO & Peneroka Wilayah Jengka Tanya 'Status' Pemberian 'Bonus' Raya ?


JENGKA: Peneroka Tanah Rancangan Felda Wilayah Jengka di sini, tertanya tanya status pemberian duit raya 2018 yang biasanya diterima dalam tempoh dua minggu sebelum Aidilfitri.

Ketua Cawangan Pakatan Harapan Felda Jengka 13, Abdul Ghani Aziz, 72, berkata, kebiasaannya pada setiap tahun peneroka bersama Felda atau yang di bawah urus tadbir Felda Technoplant Sdn Bhd memperoleh bonus raya, tetapi tahun ini, tiada ura-ura berkaitan perkara itu.

Justeru, beliau dan sekumpulan peneroka yang menguruskan sendiri ladang berharap Felda dan kerajaan memberikan insentif raya tersebut, sama rata kepada semua peneroka.

“Jika ada peruntukan insentif atau bonus raya kepada peneroka, harap diagihkan sama rata tidak kira peneroka yang serah ladang kepada FTP atau yang urus sendiri ladang.

“Sudah bertahun tahun kami dianaktirikan dalam pentadbiran terdahulu, janganlah hal itu diulang lagi, sekarang. Kami menaruh kepercayaan penuh terhadap kerajaan baharu untuk memastikan pengurusan Felda kini semakin telus, sehingga ke peringkat bawahan,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras NGO, Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Mohd Shukri Mohd Ramli dari Felda Jengka 7 berharap kerajaan dan Felda meneruskan pemberian duit raya kepada peneroka.
Beliau berkata, peneroka ada hak dan wajar diberi bonus raya.

“Saya harap Felda dapat teruskan usaha bonus raya kepada peneroka Felda. Gaji peneroka yang bergantung dengan sara hidup ada yang tidak sampai RM1,500 malah yang dapat hasil bawah RM1,000 pun ada.

“Bagi saya semua peneroka layak dapat bonus walau pun mereka uruskan ladang sendiri. Berilah tanpa pilih kasih macam sebelum ini,” katanya.

“Bermula PRU14 lalu, ramai peneroka dah mula berani membuat perubahan yang menyaksikan banyak kawasan parlimen Felda jatuh ke tangan PH.

"Di Pahang kita boleh lihat kawasan seperti Dun Chenor, Luit, Jengka, Panching, Ketari dan lain-lain. Ini membuktikan betapa generasi baharu dan lama Felda, idamkan perubahan dan penstrukturan yang lebih adil di peringkat akar umbi,” katanya. #sumber

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kalo sokong PH boleh tanya...kalo sokong BN tanye BN laa...

Non-government servant said...

kebanyakkan peneroka felda masih totok umno/bn,terutamanya di Johor.

Anonymous said...

DUN Jengka kawasan Pas. Tanya Hj Hadi.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]