IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Datuk Nor Shamsiah Di Lantik Jadi 'Gabenor BNM' Bagi Tempoh Lima Tahun


KUALA LUMPUR: Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai, 2018 sehingga 30 Jun, 2023.

Ketika mengumumkannya hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kementerian itu telah diarahkan bagi mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada 19 Jun lepas telah memberi perkenan terhadap cadangan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk melantik Nor Shamsiah sebagai Gabenor baharu.

"Perdana Menteri telah mengemukakan cadangan beliau pada 18 Jun, 2018, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Datuk Nor Shamsiah akan dilantik sebgai Gabenor BNM selama tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2023, " katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletak jawatan pada awal bulan ini sebelum dapat menamatkan perkhidmatan lima tahunnya sejurus dilantik pada Mei 2016.

Nor Shamsiah pernah menggalas tugas sebagai Timbalan Gabenor BNM pada 2010 hingga 2016 dan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), sebelum ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]