IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Op Selamat 2018: 3,695 Saman Di Keluarkan Seluruh Negeri Pahang


TEMERLOH: Polis Pahang telah mengeluarkan 3,695 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Op Selamat 13 sempena Aidilfitri 2018 sejak 8 Jun lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding Op Selamat bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 3,958 saman.

"Kesalahan paling banyak dilakukan ialah memandu melebihi had laju dan memotong di garisan berkembar. Kita berharap semua pengguna jalan raya sedar bahawa had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri telah dikurangkan kepada 80km/j berbanding 90km/j sebelum ini.

"Tidak ada alasan mereka tidak tahu (pengurangan had laju) kerana telah diberikan publisiti dalam media selain pemasangan papan tanda pemberitahuan oleh pihak terlibat," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Op Selamat 13 Peringkat Pahang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Kamarulzaman Jusoh, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Muhammad Abdullah, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri Noor Jihati Abdul Kadir, Pengarah Kesihatan negeri Dr Sha'ari Ngadiman dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]