IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Negeri Pahang Mungkin Ada Satu Menteri Dan Tiga Timbalan Dalam Kabinet PH


KUANTAN: Kabinet penuh kerajaan Malaysia dibawah pentadbian Pakatan Harapan (PH) bakal membariskan beberapa nama Ahli Parlimen (MP) dari Pahang pada kali ini. Biar pun pengumuman rasmi masih belum dibuat oleh Perdana Menteri, namun desas desus mengatakan beberapa nama akan dilantik ke kabinet.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan akan dilantik menjadi Menteri Luar Negeri biarpun sebelum ini beliau dilaporkan sesuai menjadi Menteri Pendidikan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula dikhabarkan menjadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama Islam. Fuziah sebelum ini dikhabar akan ke Kementerian Alam Sekitar, susulan beliau dilihat berpotensi untuk berada di situ.

Sementara itu dua lagi nama yang dilaporkan akan ke kabinet Tun Mahathir ialah Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir (Timbalan Menteri Kerja Raya) dan Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Tengku Puji yang dikhabarkan akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Apapun, pengumuman rasmi atau pertukaran portfolio belum ditentukan lagi. Mungkin ada perubahan atau sebaliknya. Jika benar dakwaan ini, maka Pahang akan mempunya seorang Menteri dan tiga Timbalan Menteri dalam kabinet Pakatan Harapan (PH). #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]