IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Parti "Komponen BN" Sepatutnya Singkirkan UMNO Dari Gabungan Itu


KUALA LUMPUR: Parti komponen sepatutnya tidak meninggalkan BN sebaliknya berbincang menentukan kedudukan UMNO dalam gabungan itu.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng (foto) berkata, parti komponen BN sepatutnya mengadakan mesyuarat dalam kadar segera untuk menyingkirkan Umno daripada parti itu.


“Melihat pada kemungkinan barisan baru kepimpinan UMNO selepas pemilihan parti itu akhir bulan ini, saya ragu- ragu parti itu boleh memenangi semula sokongan majoriti rakyat Malaysia dalam waktu terdekat, terutamanya di bandar.

“Parti komponen BN sepatutnya mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk menyingkirkan UMNO, kalau mereka mahu, dan bukannya meninggalkan gabungan itu,” katanya seperti dipetik portal Malaysian Insight.

Yong mengulas tindakan empat parti komponen BN di Sarawak keluar daripada gabungan itu untuk membentuk pakatan baru politik tempatan atas nama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan nasional serta hak dan kepentingan negeri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan Malaysia.

Kata Yong, BN bukan milik UMNO tetapi hak semua parti komponen yang masing-masing ada suara yang sama, masing-masing satu undi mengikut perlembagaan parti.

“Adalah salah untuk membenarkan UMNO menguasai kedudukan tertinggi dalam BN seperti Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari.

“Ini yang menyebabkan sesetengah mereka jadi bongkak,” katanya.

Pada PRU14 yang lalu, Gerakan langsung tidak menang satu pun kerusi Parlimen yang ditandinginya.

UMNO mempunyai 54 daripada 60 kerusi BN yang tinggal di Parlimen selepas empat komponen Sarawak meninggalkan gabungan itu hari. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]