PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pemangku Raja Pahang Nafi Ada Terima "Suapan" Bernilai RM1.3 Bilion
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa ba...

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa baginda menerima RM1.3 bilion, sebagai satu suapan atas 'naungan baginda' berhubung satu projek.

Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co.Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.

“Saya tiada kaitan dengan syarikat China itu. Syarikat China itu sudah pun menjawab. Saya tidak mahu komen,” titah baginda dalam satu WhatApps, melalui pegawai media baginda kepada Bernama di sini hari ini.

Sepucuk surat yang dikatakan mendakwa award RM1.3 bilion kepada Tengku Abdullah, sebagai satu suapan atas “naungan baginda” menjadi viral dalam media sosial.

Surat yang bertarikh 8 Feb 2018 dan ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific Will JW Ding berkata wang itu adalah ganjaran selepas kononnya Sapura-China Rainbow Consortium diberi award projek MRT3 bernilai RM45 bilion.

Sementara itu, CRIIC dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa mereka “menjalankan perniagaan dengan penuh integriti dan mengamalkan piawaian tertinggi urus tadbir korporat’.

“Surat yang didakwa itu adalah direka-reka. CRIIC tidak pernah mengeluarkan surat seperti itu. Kandungannya benar-benar palsu dan tidak wujud Sapura-China Rainbow Consortium,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut CRIIC sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan berhak menuntut keadilan bagi mendapat remedi sivil dan jenayah terhadap pelaku tindakan yang berniat jahat itu. #sumber

Advertisement

 
Top